TAKSUB’IST

As-Salam,

1. Detik Khalifah Umar Al-Khattab memecat Khalid Al-Walid sebagai Panglima Perang Islam, beliau sedar ramai yang tidak berpuashati. Kisah ini bukan sedikit jumlahnya yang mengetahui di kalangan umat Islam bahkan yang bukan Islam juga mengetahuinya bagi yang gemar membaca dan mengambil tahu. Namun, apakah ramai juga yang mengetahui punca punca Khalid Al-Walid dipecat? Sebenarnya Khalifah Umar mengetahui kehebatan dan kemampuan Khalid Al-Walid tetapi tetapi dengan keputusannya memecat Panglima Perang Islam tersohor itu. Apabila ditanya kenapa Khalid dipecat, Khalifah Umar menjawab,”Khalid Al-Walid adalah manusia biasa yang mencapai kejayaan dalam peperangan atas bantuan Allah swt”.

2. Khalifah Umar Al-Khattab sebenarnya tidak mahu umat Islam ketika itu taksub terhadap Khalid Al-Walid yang boleh membawa kepada syrik dan khufur. Jika ini boleh dilakukan oleh Khalifah Umar terhadap panglima perang yang hebat, apakah pemimpin yang lemah dan terbukti tergantung penuh keranjang kelemahan dibahu dan belakangnya tidak boleh diganti? Hairan apabila ada yang berkata jika dia perlu diturunkan maka siapa yang layak menggantikan beliau? Yakin dan percayalah bahawa Allah tetap menghantar pengganti yang mampu membimbing dan membawa umat Islam ke jalan yang lebih baik. Tidak ada manusia yang tidak boleh diganti dan kekal terpacak bagai Ka’abah yang terjaga rapi dari langit dan kerak bumi.

taksub

3. Pemimpin silih berganti dan insyallah pengganti akan berusaha melakukan yang lebih baik. Jika tidak, beliau juga akan diganti kerana yang kekal hanya Allah swt. Jauhi syirik dan ketaksuban melampau yang merupakan ciri-ciri penyembah berhala sejak zaman-berzaman.

Wallahualam.

~: sani :~

Advertisements

Politik Rakyat

As-Salam,

1. Malam ini ketika makan malam di Nasi Lemak Ali Alor Star, pemilik restoran ini datang menemani aku makan. Mungkin melihat aku sendirian, beliau datang menemani sambil bersembang dari hal politik, keselamatan hinggalah kepada ekonomi. Sebenarnya kedai makan dan kedai kopi lebih besar isu-isunya yang disentuh berbanding di parlimen kerana di kedai makan dan kedai kopi jarang yang datang itu tidur berbanding di parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Ramai Ahli Parlimen dan ADUN tidur dalam dewan berbanding di kedai kopi dan kedai makan yang sentiasa segar dengan minuman dan makanan.

2. Dalam sembang santai itu, beliau menyentuh tentang beban yang harus dipikul oleh peniaga kedai makan atas faktor sewaan yang kian meningkat dan akhirnya akan dipindahkan kepada pelanggan ataupun pengguna. Restoran Zeffee Jalan Pegawai misalnya sememangnya menarik perhatian pelanggan kerana ia seakan-akan ‘one stop centre’ atau medan selera yang memudahkan pelanggan. Nak makan apa semuanya ada. Dari nasi lemak, makanan panas seperti nasi goreng, mee goreng, mee rebus, satay, western food dan bermacam lagi termasuk ‘ais kacang’ yang memang sedap di sini.

3. Yang menjadi isu tidak lain daripada soal kadar sewaan ‘stall’ ataupun gerai-gerai di dalam restoran ini. Dari awalnya sehari RM10 hinggalah ada yang sudah sampai kepada RM60. Jika RM60 bermakna sudah menjadi RM1800 sebulan. Berapa banyak gerai yang ada di dalam restoran ini daripada di dalam sehinggalah ke kaki lima kedaipun disewanya. Lebih baik mereka menyewa bangunan lain bahagian bawah yang hanya lebih kurang RM2,500 sebulan dan mereka juga dapat menjual minuman yang banyak membawa keuntungan. Sikap pemilik restoran jenis ini yang banyak mengambil jalan mudah memerah peniaga sememangnya amat tidak wajar. Sudah kaya mahu menambah kekayaan dengan menyiksa peniaga kecil. Akhirnya mereka terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman yang tetap akan ditanggung pelanggan. Semuanya akan menyebabkan pelanggan berpindah kepada lain dan akhirnya terpaksa ditutup kerana gagal menanggung beban kos perniagaan mereka. Bayangkan jika stall satay yang hanya menenggek dihadapan kedai ditekan sehingga RM20 dalam tempoh hanya beberapa jam sehari mana mungkin peniaga satay ini mampu bertahan? Peniaga satay kebanyakannya hanya mendapat komisen daripada jualan bukan dibuatnya sendiri. Jika komisen setiap cucuk satay hanya 10 sen, maka jika sehari jika bernasib baik dapat menjual 500 cucuk satay, peniaganya hanya akan mendapat RM50 termasuk kos membeli arang dan sebagainya belum masuk makan dan minum beliau. Selepas ditolak sewa sebanyak RM20, berapa baki yang tinggal? begitu juga dengan peniaga mee goreng dan mee rebus (Mee Abu) yang sewanya sudah mencecah RM60 sehari. Berapa ratus pinggan sehari diperlukan untuk menampung kos membayar sewa dan belanja lain? Jika sudah terkandas di dinding, maka jawabnya tutuplah gerai dan pekerja serta pemilik gerai-gerai ini akan goyang kaki menjadi penganggur dan menambah bilangan manusi-manusia miskin di negara ini.

4. Konsep perniagaan ala medan selera seperti yang dibuat Restoran Zeffee ini sememangnya bagus untuk pelanggan (rakyat) dan juga peniaga tetapi ia harus mendapat bantuan dan sokongan kerajaan. Ianya patut disokong kerajaan kerana menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan peluang pekerjaan. Jika peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta sudah terbatas, maka apa salahnya kerajaan membeli bangunan-bangunan atau membina medan selera sebegini dan menyewa kepada peniaga dengan kadar minimum. Jika ini dapat dilakukan, harga makanan tidak begitu tinggi (perlu ada harga siling bersyarat kepada yang diberi peluang) dan menguntungkan rakyat serta peluang pekerjaan juga bertambah. Jika rakyat tempatan yang diberi peluang sebegini, mereka akan dapat bersaing dengan kedai makan dan restoran warga asing yang amat merugikan negara. Bayangkan berapa banyak jumlah kedai nasi kandar dan pekerja asingnya, kedai tomyam dan juga juga jumlah pekerja Thai Muslim dari Selatan Thailand? Keuntungan yang diperolehi oleh warga asing dan pekerja asing akan dihantar pulang ke negara asal sedangkan jika rakyat tempatan akan di belanjakan di negara ini. Yang mana lebih bagus? Yang penting jangan ia dipolitikkan dan diletakkan atas nama Kedai Makan 1Malaysia dan sebagainya kerana rakyat tidak gemar semua perkara menjadi bahan kepentingan politik mana-mana pihak. Rakyat faham dan amat memahami siapa yang membantu dan mengambilkira kepentingan rakyat. Mereka akan membalasnya sebaik mungkin.

5. Sama-sama lah kita fikirkan apa yang baik untuk agama, bangsa dan negara.

Wallahualam

~: sani :~

Pemimpin Rakyat

As-Salam

1. Memilih pemimpin seharusnya tidak digenangi rasa kasihan, simpati, semangat berkelompok yang menjahanamkan organisasi dan parti. Harus melimpah dalam diri setiap dari kita dengan rasa amanah, jujur dan bertanggungjawab dalam memilih pemimpin. Pemimpin yang rosak akhlak dan pemikirannya, mengkhianati amanah dan bernafsu besar dalam mengajar pangkat dan habuan perlu dikuarantinkan. Jangan biarkan penyakit itu merebak dan menjangkiti seluruh rakyat.

2. Tidak harus ada keterujaan terhadap elemen-elemen yang hanya menjadi sebahagian kecil faktor yang perlu ada dalam diri pemimpin sehingga perkara besar ditenggelamkan. Banyak ciri-ciri penting yang perlu dimiliki pemimpin sebelum dijulang memimpin organisasi dan rakyat.

3. Antara ciri-ciri yang perlu ada kepada seseorang pemimpin ialah:-

a) Mentaliti

Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman. Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri. Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak. Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi dan negara.

b) Kemasyarakatan

Kesediaan memberi dan menerima pendapat serta bersikap positif dan terbuka. Daya penggerak dan semangat juang yang kuat. Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.

c) Moraliti

Mempunyai disiplin diri yang unggul. Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri. Iman yang teguh bagi yang beragama Islam.

4. Oleh yang demikian, jangan pula kita mudah diperdaya dengan kata-kata bahawa seseorang itu baik maka dia perlu dipilih sedangkan banyak unsur lain yang tidak diambil kira. Dia mungkin baik dan kita juga tidak menganggap dia jahat. Tetapi jika hanya berbekalkan kebaikan yang entah tahap apa yang dimiliki sudah dilaung-laung dan dijerit sedangkan kebijaksanaan yang menjadi elemen penting sebagai pemimpin jauh panggang dari api bagaimana mungkin beliau diangkat sebagai pemimpin? Sebenarnya keldai pun baik dan amat tidak wajar jika ada yang mengatakan keldai jahat. Belum ada perumpamaan yang mengaitkan ‘jahat macam keldai’ dalam sejarah perumpamaan. Jika ada semestinya orang yang menggunakannya itu pula boleh dilabel sebagai keldai. Jahat macam keldai belum ada kecuali bodoh macam keldai. Tetapi keldai itu baik kerana banyak membantu manusia memikul barang-barang dan hal-hal yang tak banyak boleh dilakukan manusia. Keldai hanya layak dipergunakan dan tidak mungkin kita membiarkan pemimpin untuk dipergunakan atau diperalatkan. Kita juga tidak menganggap keldai jahat tetapi mampukah keldai menjadi pemimpin? Jika mampu sekalipun mungkin di kalangan keldai saja.

5. Seperkara lagi sikap rakyat negara ini yang mudah teruja dan terpengaruh apabila seseorang itu hebat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Sememangnya satu kelebihan sekiranya seseorang itu mampu menguasai banyak bahasa khususnya Bahasa Inggeris. Tetapi itu bukan ukuran sebenar beliau diangkat menjadi pemimpin hanya berbekalkan kemampuan tersebut. Berapa ramai rakyat Amerika, Britain dan negara yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan seperti Filipina tetapi mereka lebih bodoh dari rakyat kita yang tidak hebat dalam menguasai Bahasa Inggeris. Berapa ramai dari mereka yang merempat dan mengemis dan masih bertutur dengan lancar bahasa ibunda mereka. Orang Inggeris yang gila juga berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan tidak bermakna apabila dia gila maka dia akan bertutur dalam Bahasa Malaysia. Ada pula yang berkata “jangan main-main dengan dia sebab dia fasih Bahasa Arab”. Apakah Abu Jahal dan Abu Lahab tidak fasih bahasa Al-Quran dan Bahasa Arab? Bahkan mereka lebih lancar dan hebat dalam bahasa itu tetapi menjadi musuh Islam sehingga berhajat membunuh Nabi.

6. Oleh yang demikian, mencari dan memilih pemimpin perlu ada keseimbangan antara sokongan kerana kemampuan dan kebolehan serta ciri-ciri yang boleh membantu mereka menjadi ‘pemimpin dari rakyat dan untuk rakyat’. Jangan hanya rakyat didahulukan dalam keadaan sukar tetapi ketika senang dia yang mendahului. Haji Agus Salim berkata, “Seorang pemimpin yang hendak memimpin umatnya ke arah kemajuan hendaklah bersikap lebih banyak bekerja daripada berkata-kata”. Zaman sekarang yang banyaknya adalah pemimpin yang lebihnya ‘retorik’ sedangkan tindakan penuh ‘trik’. Bung Hamka menambah tentang ciri-ciri pemimpin, “Banyak sorak, tidak selalu menang. Kapal yang hendak karam pun banyak sorak di dalamnya. Menang sorak belum bererti menang kebenaran”. Moga pencarian pemimpin oleh seluruh rakyat akan dapat ditemui yang lahir untuk mengabdikan diri kepada rakyat sebagai ‘Pemimpin Rakyat’.

Wallahualam

~: sani :~

Ahli Yang Bukan Ahli

As-Salam,

1. Kebiasaannya manusia akan memuji tak habis-habis masakan yang sedap tidak kira yang dijamu percuma atau di kedai makan. Puji itu senang tetapi hendak memasak menjadi sedap itu yang susah sebenarnya. Tukang masak yang pandai akan dihormati dan dipuji sementara yang sebaliknya meleret-leret kutukannya tambah-tambah di belakang. Mengata dan memfitnah seringkali dikaitkan dengan sikap bangsa Melayu tetapi jika ditelusuri sejarah kehancuran Kerajaan Melayu Melaka adalah disebabkan Raja Mendeliar dan Si Kitol. Melayu kah mereka? Dari pembacaan saya mereka adalah mamak ataupun dipanggil keling.

2. Lebih malang di negara ini bukan setakat mengutuk masakan tak sedap, tetapi yang salah tidak digodam tetapi yang memberitahu kesalahan menjadi ‘mangsa dera’. Jika seseorang mengupah pencuci tetapi tempat dicuci tidak bersih pastinya akan dipecat atau ditegur tetapi di negara ini terjadi sebaliknya. Dadah masih bersepah sehingga ditubuhkan unit dipanggil ‘Sting’ untuk banteras Raja Dadah walaupun unit dadah dan agensi anti-dadah sudah lama menapak sehingga ada pegawai yang sudah pencen. Raja biasanya tak ramai tetapi sampai kena tubuhkan unit baru maka pastinya ramai. Mesti ada Tengku Mahkota Dadah dan Raja Muda Dadah jugak. Ada masalah syariah maka muncul cadangan untuk wujudkan pasukan polis syarie dan setiap kali ada saja masalah maka tampil cadangan mewujudkan unit baru yang sememangnya sudah ada tetapi tidak menjalankan tugas dengan sempurna. Setiap jabatan sudah ada penasihat undang-undang masing-masing tetapi apa yang dinasihatkan tidaklah pasti sehingga perlu ada penasihat lain pulak dan berlaku pertindihan unit-unit baru yang akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan yang dipikul rakyat. Bermula dengan bekalan logistik sehinggalah proses pembesaran jabatan.

3. AP (Ahli Parlimen) dan ADUN sebenarnya berfungsi sebagai penggubal undang-undang di bawah cabang kehakiman. Sepatutnya seperti tukang masak juga mereka perlu tahu apa yang nak digubal dan apa yang nak dibahaskan setiap kali undang-undang baru digubal atau dimansuhkan. Jika tukang masak perlu tahu apa bahan dan perencah maka mereka perlu tahu apa yang dapat memantap dan menjadikan undang-undang yang akan digubal itu berkesan. Inilah malangnya sesebuah negara jika AP dan ADUN tak tentu hala tuju dan berbahas perkara-perkara yang remeh sedangkan undang-undang menjadi undang-undang tanpa mereka sendiri fahami. Ada yang cadang ISA dikembalikan sedangkan ketika nak dimansuhkan di mana mereka? Ada yang berdegar-degar berhujah soal PCA dan SOSMA tetapi hujung pangkal di tapak kaki. Bagaimana rakyat akan yakin dengan kerajaan jika keadaan ini terus berulang-ulang? Maka ini membuat ada setengah pihak berkata lembu sepatutnya buka mulut untuk makan bukan untuk bercakap. Bagaimana mereka menjadi sebahagian daripada perkakas menggubal jika undang-undang tersebut tidak difahami? Mungkin tidur atau berkhayal dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidaklah pasti.

4. Oleh kerana itulah perlunya dipilih wakil rakyat samada AP ataupun ADUN yang lebih bijak dari rakyat disertai kejujuran, amanah dan ikhlas. Jika tidak, akan berlakulah seperti apa yang sudah, sedang dan akan terus berlaku.

Wallahualam

~: sani :~