Bila Angka Menjadi Penting (04)

Salam,

1. Beberapa hari ini angka 04 menjadi sebutan paling laris dan mengundang gerun buat rakyat. Daripada kejadian tembak-menembak berulangkali terhadap rakyat tanpa mengenal status dalam masyarakat sebelum ini, kini giliran penjenayah pula diburu dan ditembak setelah pemburuan berakhir dengan berbalas tembakan antara kedua-dua pihak. Langkah PDRM itu wajar mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat demi memulihkan keyakinan rakyat kepada organisasi ulung cabang keselamatan negara. Tidak kira angka 04, 05 ataupun 06, salah tetaplah salah. Semuanya berkaitan dengan angka dan angka 04 merujuk pada kumpulan kongsi gelap India yang didakwa bermaharajalela. Semalam, akhbar melaporkan kejadian polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap yang dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Penjenayah layanannya ala penjenayah dan tidak sesuai diberi layanan bagaikan menerima Darjah Kebesaran Diraja. Namun, apabila pembesar pihak keselamatan dah mula turun dengan jaket kalis peluru dan tergantung sub machine gun bersilang-silang, persepsi rakyat keadaan keselamatan negara sudah berada pada tahap kritikal. Usaha membanteras jenayah ‘underworld’ atau kongsi gelap pada ‘pandangan peribadi’ saya wajar bergerak sama seperti perkataan ‘underworld’ dan dikongsi secara gelap.

2. Apabila diheboh-heboh dengan gelagat sedemikian rupa, para penjenayah seakan-akan mendapat promosi percuma dan menganggap matlamat mereka sudah tercapai. Sama seperti ‘pengganas’, penjenayah juga meletakkan matlamat melalui pendekatan memanipulasi ketakutan secara sistematik dengan cara paksaan. Pusingan pertama sudah memihak kepada mereka dan rentak yang dipalu seharusnya disasarkan untuk membanteras dan menghapuskan musuh. Tindak-tanduk perlu serasi sepertimana ubat dan penawar. Sakit kaki rawatannya perlu ditumpukan di kaki daripada menghilangkan lenguh di pinggang.

3. Kumpulan kongsi gelap 04 melangkah lebih jauh dengan mencetuskan kekecohan semasa upacara pengkebumian salah seorang daripada lima lelaki yang ditembak mati Isnin lalu termasuk membakar mercun semasa perarakan membawa mayat rakan mereka. Kumpulan terbabit turut dilihat membawa pelbagai kain rentang yang tertera gambar si mati, nombor dan logo kumpulan mereka malah menconteng di sana-sini di tempat awam dan milik persendirian.

4. Tindakan mereka menjadikan pendekatan menconteng di sana sini untuk membuktikan kewujudan mereka sama seperti apa yang dilakukan oleh pengganas komunis sekitar 70an dengan meletupkan tugu dan tempat-tempat penting sebagai lambang kebangkitan mereka. Kita memenangi usaha membanteras perjuangan PKM tetapi kita tidak menjadikan pengalaman sebagai guru dan hanya menjadikannya sebagai sejarah untuk berbangga.

5. Tokoh tersohor dan strategist perang China Sun Tzu dengan bukunya The Art of War menyebut “Jika kamu terluka, sembunyikan luka itu baik-baik. Jangan sampai diketahui musuh”. Untuk memberi impak psychology yang lebih efektif, rasanya elok kata-kata Sun Tzu ini digunapakai. Tidak terlalu taksub dengan apa yang disebut oleh beliau tetapi ianya banyak yang benar daripada sebaliknya. Perang propaganda tidak semuanya berkesan melalui penonjolan, ada ketikanya diketahui ada tetapi tidak kelihatan lebih menakutkan daripada kelihatan tetapi sekadar ada. Kenapa ramai yang gerun dan takut ‘hantu’? Puncanya kerana kita tidak nampak dan pernah terserempak dengannya. Semuanya lebih kepada ‘hear say’ atau cakap dengar sahaja. Ada yang berkata begini ada yang berkata begini. Ada yang berkata siongnya sampai ke dada ada yang berkata siongnya sampai ke lantai. Jika ‘hantu-hantu’ ini dapat dilihat seperti kita setiap hari, ‘hantu-hantu’ dipercayai tidak lagi ditakuti, bahkan menjadi bahan jenaka atas kehodohannya. silap-silap menjadi tempat mengadu nasib meminta ramalan nombor ekor.

6. Walaupun begitu, syabas diucapkan kepada PDRM atas usaha memerangi jenayah untuk menjaga keselamatan rakyat. Memberitahu dan menegur tidak bermakna rakyat tidak menghormati atau membenci, sebaliknya itulah erti kasih dan sayangnya rakyat pada institusi-institusi kerajaan yang ada.

7. Akhir kalam, sama-sama kita renungi kata-kata Sun Tzu ini “Bertempur dan menakluk musuh dalam peperangan bukanlah kehebatan paling tinggi; kehebatan tertinggi terjadi ketika anda mampu menghentikan musuh tanpa perlawanan.”

Wallahualam

~: hnbk :~

rahim hanafi UTK haha

Advertisements

2 thoughts on “Bila Angka Menjadi Penting (04)

  1. Persoalannya siapa yang patut dipersalahkan bila penjenayah boleh membiak sehingga sebegitu ramai dan polis yang mempunyai kuasa menangkap pula bersubahat mencari kesenangan ?

    Apa yang diberitahu bahawa polis telah menggunakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) bagi membendong gejala jenayah.

    Tapi yang kita tahu sebelum ini ISA dan EO digunakan bukan untuk tangkap penjenayah tapi tangkap ahli politik pembangkang dan penyokongnya yang boleh mengalahkan pengaruh pemimpin parti BN.

    Dan akta hasutan pula pada asalnya digunakan bagi melindungi institusi raja dan keharmonian antara kaum dalam masyarakat Malaysia. Tapi dalam masa yang sama mereka gunakan akta itu melindungi segala kelemahan, keburukan pemimpin BN dari dikrtitik oleh rakyat dan pemimpin pembangkang.

    Ini membawa maksud jika anda bercakap benar diatas salalaku mereka maka anda boleh dituduh membuat fitnah dan menghasut. Anda boleh ditangkap, disiasat, dikurung, didakwa dan dipenjarahkan. Jika nasib tidak baik anda akan mati dalam lokap. … fikir2 kan lah…..

    • It’s all about perception.. Zaman sekarang “benar atau salah tidak penting tetapi persepsi”. war on perception mendominasi pemikiran rakyat dan seluruh dunia juga menghadapi situasi sama. Siapa yang berjaya bina persepsi baik maka baiklah ia dan akan menang.

      Baru-baru ini apabila akhbar NST Singapore mengatakan harga untuk hidup lebih mahal dari mati di Malaysia pihak kita melenting. Ini kerana persepsi yang dibina kita sekarang seolah-olah keadaan keselamatan Malaysia begitu kritikal sehingga panglima terpaksa turun ke padang dgn pakaian perang yang luarbiasa buat seorang ketua. Berpada-pada dalam bertindak. Strategi untuk jangka panjang dan taktik hanya untuk sementara..

      Semoga penulisan artikel ini memberi manfaat untuk semua..

      Terima kasih atas komen…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s