LUPA & MELUPAI

Salam,

1. LUPA, terlupa, melupai, dilupai, pelupa dan apa saja yang dipasong dengan perkataan ini adalah fitrah manusia. Sehinggalah dijelaskan oleh Nabi saw,
الإِنْسَانُ لاَ يَخْـلُو عَنِ الخَطَاءِ وَالنِّـسْيَانِ
Yang bermaksud, manusia itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan lupa.

2. Manusia sering alpa dan mudah leka dengan kesenangan. Nikmat-nikmat yang melimpah ruah di sekelilingnya mudah membuatkannya lupa dengan tanggungjawabnya. Namun lupa kerana tidak sengaja dikatakan fitrah manusia begitu juga buat-buat lupa juga fitrah manusia. Kalau berhutang maka dia sengaja lupa dan jika orang berhutang daripadanya WAJIB tidak dilupainya.

3. Bagi yang membantah membabi-buta walaupun celik, memekak walaupun mendengar maka cuba renungi rentetan sejarah Anwar. Sejarah tidak hanya bermula di awal namun tetap bertaut sehingga semalam. Ada sejarah semalam dan sebelumnya dan ia harus dipelajari dan dijadikan iktibar buat diri, bangsa dan tanahair.

4. Panjang namun tak bermanfaat tidak berguna, mari kita cuba fikir perbandingan sumbangan dua musuh ketat walaupun hakikatnya amat longgar kerana kedua-dua mereka bebas bergerak dan berkata-kata. Dua insane tersebut adalah Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI. Apakah kehebatan masing-masing bagi menyalakan lohong gelap yang sengaja dilupakan. Jasa-jasa TDM sememangnya banyak dan besar terhadap bangsa, agama dan tanahair. Antara nya adalah

o Dasar Pandang Ke Timur
o Dasar Penswastaan.
o Penyeragaman waktu Semenanjung Malaysia dengan Malaysia Timur. Pada 3 Disember 1981 simbol ketepatan masa dan mementingkan masa.
o Dasar kependudukan 70 juta
o Pengeluaran komersil kereta nasional pertama, Proton SAGA pada 9 Julai 1985
o Pengeluaran motosikal nasional atas jenama MODENAS

o Empat anak Malaysia menjadi saintis pertama di dunia yang berjaya mengumpul sampel bahan organik dan bukan organik di utara Antartika pada Oktober 1999.
o Mewujudkan Multi Media Super Corrisor (MSC) secara rasmi pada 29 Ogos 1995
o Pembinaan Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
o Pelancaran satelit pertama Malaysia Satelit MEASAT 1, pada 13 Januari 1996.
o Pembinaan beberapa bangunan landmark Malaysia ketika pemerintahan Dr. Mahathir. Antaranya ialah Jambatan Pulau Pinang yang merupakan jambatan terpanjang di Asia dan ketiga terpanjang di dunia telah dibina pada tahun 1980-1985. Ia menghubungkan Gelugor dan Seberang Prai dan sepanjang 15.5 km.
o Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang, sebuah lapangan terbang tercanggih di Asia ini dibina di Sepang, 50 km dari Kuala Lumpur. Dirasmikan pada 28 Jun 1998, lapangan terbang ini mempunyai menara kawalan tertinggi di dunia, dan sewaktu dalam pembinaan, ia merupakan tapak pembinaan lapangan terbang terbesar pernah dibuat.
o Menara Kuala Lumpur dirasmikan oleh Dr. Mahathir pada 1 Oktober 1996. Menara setinggi 421 meter di Bukit Nenas, Kuala Lumpur ini merupakan menara tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara. Ia juga merupakan menara ketiga tertinggi di dunia.
o Menara Berkembar Petronas yang merupakan tertinggi di dunia ini dirasmikan pada Disember 1996. Dengan ketinggian 451.9 meter, bangunan berkembar dua ini mempunyai 88 tingkat dan disambungkan 170 meter dari paras jalanraya.
o Litar Antarabangsa Sepang
o Malaysia juga mempunyai Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran kerajaan Malaysia yang baru hasil idea Dr. Mahathir. Dengan imej sebagai bandaraya taman, serta bercirikan futuristik, moden, unik, bandaraya dilengkapi kabel fibre-optic dan teknologi maklumat terkini yang menjadi pusat pentadbiran, komersil serta pusat budaya di Malaysia. Ia telah dibuka kepada orang ramai pada 23 Mac 2000 pusat pentadbiran yang menjadi rebutan DSAI.
o Semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, beberapa acara yang berprestij seperti Sukan Komanwel (SUKOM) pada tahun 1988 dan acara dwitahunan Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA), telah dilangsungkan di Malaysia.
o Selain itu, Malaysia juga diberi kepercayaan untuk menganjurkan persidangan bertaraf dunia. Tahun 2003 melakarkan sejarah yang cukup gemilang dalam rekod pemerintahan Dr. Mahathir apabila Malaysia dipilih untuk menganjurkan dua persidangan besar dunia dan secara automatiknya beliau dilantik menjadi pengerusi kedua-dua persidangan itu. Sidang Kemuncak Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali 2003 ke-10 yang diadakan dalam bulan Februari 2003 dan Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke-10 yang baru berlalu telah diberikan suara dan nafas baru oleh Dr. Mahathir.
o Berdasarkan kepada kejayaan yang telah dicipta oleh Dr. Mahathir inilah, maka kini Malaysia menjadi contoh dan ikutan negara-negara membangun terutama negara Dunia Ketiga.

5. Sekarang mungkin perlunya disenaraikan jasa insane yang menggelar dirinya pejuang dan pembela bangsa sejak berada dalam kerajaan sehingga sekarang. Maka inilah dakwaan yang sering dikaitkan dengan DSAI:-
o Mendabik dada sebagai Menteri Kewangan terbaik?
o Menaikkan kadar bunga ketika krisis kewangan pada tahun 1997 sehingga ramai kontraktor dan peniaga gulung tikar.
o Mewujudkan peluang pembelian dan pemilikan saham ‘luar biasa’ Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin sekitar tahun 1992-1994 yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatan Azmin sebagai pegawai kerajaan yang hanya menerima gaji sekitar RM3,000 sebulan.
o Mengayakan kroni dan keluarga serta tembolok beliau sendiri seperti yang sering dituduh pada orang lain dengan menggunakan Abrar Group untuk dimasukkan dana dan akhirnya dipesongkan melalui Rahim Ghouse.
o Mempromosi dan menyokong LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual & Transgender)
o Menambahkan perpecahan yg paling teruk antara sesama Melayu di Malaysia
o Sejak dilancarkan reformasi hingga kini, rakyat Malaysia termasuk melayu sendiri hilang adab budaya Bangsa Melayu, sanggup menghina Institusi Raja-Raja
o Menjadi pemangkin buat orang Melayu bergaduh sesama sendiri dan tidak menghormati undang-undang dan semakin hilang jati diri Melayu.
o Gemar memperlekeh Negara dalam ucapannya khusus di Negara luar bila ditemuramah wartawan asing dan ini mengakibatkan imej Negara terjejas.
o Sikap menuntut keadilan yang dijadikan senjata meraih sokongan menjadikan bukan Melayu membuat tuntutan bukan-bukan dan semakin biadab terhadap pemimpin, agama dan tanahair.
o Membina persepsi buruk terhadap semua agensi kerajaan termasuk Institusi Mahkamah, Polis dan lain-lain.
o Membawa masuk budaya politik wang ke dalam UMNO ketika menewaskan Tun Ghafar Baba
o Direct Nego dalam pemberian tender dan projek pada suku sakat
o Didakwa sebagai peliwat yang sudah berapa kali didakwa namun bernasib baik terselamat atas faktor teknikal di mahkamah
6. Oleh yang demikian, sama-samalah kita merenung kembali apakah matlamat dan perencanaan yang dilakukan kelompok kemaruk kuasa ini sehingga mengundang campurtangan asing sepertimana yang berlaku di Timur tengah.

Wallahualam
HNBK

Advertisements

You scratch my back and I’ll scratch yours.

Salam,

1. Tidak sedikit filem dan drama TV yang mencetuskan arus pemikiran lantaran skripnya yang hebat dan berkesan. Dalam filem yang kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam bertajuk Avenger, ada satu skrip yang amat mengesankan minda saya. Ianya berbunyi “Organisasi perisikan yang takut dirisik”. Dari perkataan tersbut pula telah melantun-lantunkan lagi banyak perkataan yang mempunyai struktur yang hampir sama. Jika tidak masakan wujudnya unit ‘Counter Espionage’ jika bukan untuk mengatasi masalah dirisik termasuklah risikan terhadap negara kita.

2. Kelangsungan atas skrip tersebut, saya turut berfikir mengenai kata-kata ‘Aku pejuang, sedangkan takut berjuang’. Jika takut berjuang bagaimana harus seseorang itu bergelar pejuang. Tidak mungkin tukang masak yang hanya tahu memasak dipanggil penyanyi. Medan tempur sudah pasti akan menjadi lapangan untuk bertempur dan bukan ruang untuk menggeletek ataupun menumbuk sambal belacan. Salah faham sebeginilah yang menjadi ramuan kekeliruan masyarakat termasuk agensi kerajaan yang berhadapan dengan masyarakat.

3. Adalah sesuatu yang ganjil untuk memberi kebenaran kepada Sang Kera menggubah bunga dan kemudiannya bersedih dan bermuram durja apabila Sang Kera merosakkan bunga-bunga tersebut. Insiden yang berlaku hari ini adalah sesuatu yang diiidamkan oleh ‘master mind’ BERSHIT @ KOTOR 3.0. Atas jaminan apa ianya digelar bantahan aman samada duduk mahupun berdiri? Bukan sekali pengembala biri-biri berjenaka bodoh dengan cerita serigala membaham biri-birinya itu. Jika kementerian pastinya diterajui menteri dan menteri akan berlagak seperti menteri dan bukan bermaksud angkuh dengan jawatannya itu. Berhadapan dengan buaya maka langkahnya semestinya langkah pawang buaya, jika berdepan harimau mana mungkin ditewaskan dengan rentak pendekar kucing parsi. Mak begitulah juga jika berdepan dengan demonstrator ataupun perusuh wajib didepani dengan strategi dan taktik yang setara dengan mereka hatta nama apa sekalipun digunakan oleh golongan ini. Harimau walaupun dipanggil kucing tidak wajar ditangani dengan cara kucing dan jika kucing dipanggil harimau kita dengan selamba membelai kucing itu dengan penuh manja.

4. Perogol yang sudah melondehkan baju mangsanya jika sekalipun bertempiaran melarikan diri akibat terkejut, maka jika saksinya tidak wajar menjawab suspek tersebut hanya melondehkan baju dan kain. Jika sudah melondehkan baju dan kain apalah niatnya jika bukan untuk merogol? tak mungkin selepas melondehkan kain dan baju maka perogol tersebut akan menumbuk sambal belacan, atau pam tayar basikal bahkan bermain layang-layang.

5. Selain itu ada yang berkata zalimnya polis Malaysia bertindak melepaskan air bercampur kimia kepada perusuh. Pernahkan berlaku di mana-mana sudut muka bumi ini Pasukan Pencegah Rusuhan menyembur minyak wangi jenama Dunhill ataupun Aramis atau serendah-rendahnya minyak atar? Ada yang berkata pula perusuh dipijak-pijak. Itulah jawapan kepada mereka yang meletakkan diri mereka dengan selipar ataupun pengalas kaki. Selipar dan pengalas kaki fungsinya adalah untuk dipijak.

6. Ada pepatah berbunyi “Berbaik-baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.” Namun kelompok terlepas sarkas ini buat jahat berkali-kali berbuat baik tidak ada kalinya. mampukah kita terus dilayan seperti budak dan dinista umpama haiwan? You scratch my back and I’ll scratch yours.

7. Pahlawan mesti berlawan dan pejuang harus berjuang. Pen dan pensil bukan dicipta untuk mengorek lubang telinga melainkan untuk menulis. “Patah sayap Bertongkat paruh”, “Berpantang maut Sebelum ajal ” dan “Patah kemudi, perahu hanyut”.

Wallahualam

HNBK

Sempadan hormat dan takut

Salam,

1. Hormat dan takut kedua-duanya adalah perasaan kurniaan Allah swt kepada setiap hambaNya tanpa mengenal siapa kamu samada pemimpin mahupun yang dipimpin. Hak keatasnya bergantung bagaimana penjelmaan seseorang menampilkan dirinya. Kegagalan dalam penampilan adalah sebuah mimpi ngeri yang mengundang penghinaan, cacian dan nista dari seluruh saf pimpinan termasuk yang dipimpin.

2. Ada pemimpin yang dilontarkan hikmah melalui kuasa dihormati dan wujud juga puncanya kerana ditakuti. Yang mana satu lebih berkuasa dan lebih bermanfaat? Atau kedua-duanya diperlukan?

3. Namun jika tidak memiliki kedua-nya maka elok lah satu darinya dimiliki demi kepentingan dan kemaslahatan bangsa, agama dan tanahair. Apa yang membawa musibah jika satu pun tidak dimiliki maka sudah pastilah terbentuknya pimpinan yang hilang rasa gerun rakyat, hilang rasa hormat yang amat diperlukan untuk memimpin. Ketidakhadiran kedua-dua perasaan ini lah sebenarnya yang berlaku dalam suasana negara yang begitu getir dihimpit desakan pelbagai kelompok berkepentingan.

3. Memusnah memang mudah namun membina adalah pemberat yang menjerut leher pelakunya. Namun, doa kami, lahirlah pembina umpama semut beduyun-duyun berbanding pemusnah yang kami sumpah tidak muncul mendajalkan bumi Allah swt yang kucintai.

Wallahualam

HNBK

Hidup bukan pasar malam

Salam,

1. Hidup bukan pasar malam kata Goenawan Mohamad. Benar juga dilihat dari apa yang berlaku sekarang ini. Kehidupan tidaklah semudah membeli barang di pasar malam. Nak satay beli satay, nak koewteow goreng beli koeteow goreng, nak ayam belum dimasak beli saja.

2. Kehidupan sebenar tidak semudah seperti yang diidamkan. Dunia tetap dunia dan bukan lah syurga. Manusia tetaplah manusia dan bukanlah malaikat. Namun janganlah mengidam menjadi syaitan. Kita semua tak mengharapkan manusia menjadi malaikat, namun jauhilah sifat syaitan dalam diri yang membelenggu jiwa dan raga sehingga seluruh umat membenci kamu.

3. Untuk berhadapan dengan dunia dan kehidupan yang serba mencabar, pasaklah dadamu dengan ilmu bagi membolehkan kita mampu membebaskan diri kita dari perangkap ujian dan dugaan Allah bagi menguji keimanan dan kesabaran kita. Kita tidak boleh membeli kesabaran dengan wang, kita tidak boleh mendapatkan ilmu tanpa usaha, kita juga tidak mampu mencuri kesihatan sesuka hati kita, bahkan kita tidak mungkin dapat menipu untuk mendapatkan keikhlasan dan kejujuran seperti berlakunya perkara-perkara membeli, menjual, mencuri dan menipu di pasar malam.

4. Oleh yang demikian, diri kitalah pasar malam sebenar-benarnya yang menentukan kita mendapatkan apa yang kita idamkan samada membeli, menjual, mencuri dan menipu.

Wallahualam

IH

Bila gajah meninggalkan gading

Salam,

1. “Gajah pergi meninggalkan gading. Tapi ia tak memilih bagaimana gading itu diukir.” Namun sudah pastilah jika gajah tersebut mampu membalikkan suaranya, ia akan memilih untuk diukir gadingnya oleh pengukir termahir dan tersohor demi pengorbanan atas sesuatu yang datang dari batang tubuhnya. Bagaimana diukir itu tidak sepenting hasil yang diukir. Yang lebih penting ukiran itu akan mencerminkan kehebatan gajah tanpa sedikitpun mencacatkan reputasi gajah.

2. Mengimbas semua yang telah disebutkan, keadaan yang sama juga haruslah diterapkan dalam mengukir sejarah tanahair kita. Pemimpin dan generasi terdahulu pergi meninggalkan tanahair yang merdeka dan tidak juga menggariskan bagaimana ianya wajib diukir. Namun, janganlah kita sesekali mencacatkan peninggalan mereka jika tidak mampu menjadikan ia hebat dan tersohor. Keamanan dan kemerdekaan yang dikecapi jangan pula digadai dan diperjudikan. Penjudi dan mereka yang menjadi pelanggan tetap pajak gadai tidak layak menjadi pengukir sejarah tanahair. Mereka bukan tergolong dalam kelompok pemimpin yang hebat kerana dilihat hebat atas longgokan judi dan hutang. Mereka hanya akan menjadi hebat atas kemampuan mereka sendiri dan bukannya muncul dengan pelbagai alasan dan menagih simpati untuk dibenarkan menggadai dan memperjudikan tanahair dan nasib generasi akan datang.

3. Nafsu dan keghairahan merebut kuasa tanpa memikirkan bahawa jawatan itu bukanlah anugerah bahkan ianya adalah beban yang amat berat untuk digalas wajar diperbetulkan. Yang penting bukanlah kemenangan tetapi bagaimana pengisian terhadap kemenangan itu. Yang penting bukan kejayaan, tetapi bagaimana pengisian dalam memenuhi gagasan kejayaan itu. Yang penting bukan kekayaan, tetapi bagaimana kekayaan itu memakmurkan tanahair dan bangsa kita. Yang lebih penting bukan sekeping tanah yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita, tetapi bagaimana tanahair kita itu dijaga dan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir. Malangnya apabila jika ia dianggap anugerah, maka pengisiannya tidak lebih daripada membesarkan pinggang, membuncitkan perut dan meluaskan anak tekak demi mengayakan suku sakat dan penjilat yang tak kering-kering air liur demi jilatannya. Jawatan dan pangkat itu adalah beban dan jika ianya tidak mampu digalas, pindahkan beban itu kepada orang lain yang lebih mampu. Nampaknya yang lebih utama adalah telinga sebelum bahu.

Wallahualam

HNBK

“Hari siang bukan karena ayam berkokok”

Salam,

1. Goenawan Mohamad dalam bukunya bertajuk Tokoh + Pokok, terbitan TEMPO & PT Grafiti, Jakarta, 2011 menukilkan sepotong ayat yang benar-benar menggegarkan minda saya untuk bersuara. Nukilan beliau di halaman 13 berbunyi .. “hari siang bukan karena ayam berkokok, akan tetapi ayam berkokok karena hari mulai siang.” Dalam halaman yang sama, ayat ini turut menjerut leher saya bak tercekik berbunyi “pergerakan rakyat timbul bukan karena pemimpin bersuara, tetapi pemimpin bersuara karena ada pergerakan.”

2. Kedua-dua ayat ini struktur ayatnya hampir sama dan didasarkan pada ketentuan yang sama iaitu ketentuan Ilahi sudah menggariskan sesuatu berlaku bukan atas kehendak makhluk dan makhluk itu hanya melakukannya pabila keadaan bersesuaian dan sesuai dengan fitrahnya bahkan bukanlah atas kehebatannya semata-mata melainkan dengan kehendak Ilahi.

3. Bayangkan jika ayam berkokok pada malam hari apakah dengan sekelip mata hari bertukar menjadi siang? Tidak mustahil namun keajaiban lah jawapannya jika ia berlaku. Namun demikian, pabila siang menjelma maka bukan main lagi kokokannya tak tumpah seperti Anwar yang bersuara tanpa henti pabila sudah terhidang pergerakan untuk lakonannya bermula. Untuk itu, janganlah kita beranggapan Anwar itu terlalu ampuh dan hebat hanya disebabkan kita yang menyajikan persekitaran dan peralatan yang sesuai untuk beliau beraksi. Siapa dan apakah yang tersedia untuk beliau? Mereka ialah kelompok bebal yang tidak pernah serik mencipta peluang kepadanya untuk menyumbat gol dan juga isu-isu juga diaturgerak demi memudahkan pergerakan Anwar menjadi pelakon handalan dan juara tanpa keringat menitis. Mati satu isu dihidupkan dua sebagai ganti, dimatikan dua isu maka empat pula yang lahir dengan gebu dan comel serta seterusnya begitullah gandaannya.

4. Dengan demikian, tidak perlu menjadi begitu hebat untuk menjadi hebat. Memadai sekadar tidak menjadi Pak Kadok, Pak Pandir dan Lebai Malang. Abu Nawas yang setaraf Anwar sudah memadai untuk mempersendakan Raja dan ‘Penguasa’ lantaran kealpaan, kecuaian, kerendahan pemikiran dan elemen nasib yang menyebelahinya sepertimana berlaku dalam Hikayat Abu Nawas yang sentiasa terselamat bukan kerana kebijaksanaannya melainkan kebebalan Sang Raja dan Penguasa.

5. Jika itulah keadaannya, apakah penyelesaiaannya dalam isu sindrom pesimism,’ inferiority complex’ yang beraja dihati dan bertahta diminda sehingga lawan bertocang dan kita bercawat? Berjiwa besar dan berjiwa merdekalah kita untuk menjadi juara dan jangan mencipta alasan setiap kali berhadapan dengan masalah kerana ‘alasan itu adalah ‘pintu pembohongan’.

Wallahualam

IH

Ops Sapu Bersih

Salam,

1. Petang tadi sempat saya dan beberapa rakan setugas sempat makan durian ‘Telur Buaya’ bersama seorang YB di gerai yang menjual durian tersebut. Sambil makan sambil berbual dan sebuah cerita yang agak menarik untuk dikongsi bersama adalah mengenai ‘kuasa wang’. Analoginya bermula dengan betapa wang itu tidak mengenal siapa manusia itu sebenarnya. Bangsa, kaum, etnik dan ras, jantina, umur dan agama malah yang cacat ataupun sebaliknya. Saya berkata ‘bab duit ni orang gila pun mau YB’.

2. YB tersebut berkata, untuk mengetahui samada nilai wang dapat dibezakan oleh manusia hatta yang terencat akal. Mereka memanggil seorang budak lelaki yang mengalami masalah ‘terencat akal’ dan memintanya memilih antara syiling 20 sen dan 50 sen. kesemua yang berada di situ dengan penuh semangat ingin tahu yang mana satu pilihan budak lelaki yang menghidapi masalah ‘terencat akal’ itu. Apa yang berlaku sememangnya di luar jangkaan apabila beliau mengambil kedua-dua syiling 20 sen dan 50 sen sambil berlari meninggalkan mereka yang mengelilinginya terpinga-pinga.

3. Oleh itu, apa yang menjadi moral untuk dipelajari, janganlah sesiapa saja mempercayai bahawa dengan mengumpan duit orang akan memihak kepada kita, yang menerima akan menyokong kita dan akan mempertahankan kita. Jika diambil dan diterima wang, bukan saja mereka yang waras, tak waras pun akan ‘sapu bersih’. Andaian dan ramalan mudah perlu dijauhi ketika meneka dalam kesamaran.

Wallahualam

IH